Friday, July 16, 2010

PENYELIA KAFA SEGAMAT

( Ustaz Zaini bin Mokhsin )
Zaini bin Mokhsin adalah antara penyelia KAFA yang paling lama berkhidmat dalam KAFA di Daerah Segamat mahupun di negeri Johor. Pasangannya juga silih berganti, tetapi beliau tetap terus berjuang dalam KAFA. Beliau percaya dan tetap berpegang dengan prinsipnya.. "Selagi kita melakukan sesuatu hanya keranaNya, ikhlas keranaNya, ia adalah ibadah dan Allah redha dan memberkati hidup kita". Walaupun berpendapatan tak seberapa jika dibandingkan dengan kakitangan kerajaan yang lain.. tapi kebanyakan laluan kehidupan penyelia KAFA adalah diberkati dan sentiasa mencukupi. Yang penting, belah merasai nikmat hidup sebagaimana kakitangan kerajaan yang lain jua.

( Cik Mau @ Siti Hasmaulizuana binti )
Sebelum dipasangkan bertugas dengan Cik Siti Hasmaulizuana atau lebih dikenali dengan panggilan manja "Cik Mau", Ustaz Zaini bertugas dengan Puan Norhayati dan Puan Siti Rohayu. Semuanya menjadi kenangan dalam lipatan sejarah KAFA. Moga ada perancangan yang baik dan berfaedah kepada guru KAFA dari semasa ke semasa.Cik Mau...penyelia KAFA paling muda usianya di Negeri Johor. Orangnya putih gebu...manis dan pandai bawa diri..dan selesa bersamanya. Walaupun masih muda...tetapi sangat komited dengan tugas yang diamanahkan dan sentiasa menjadikan Ustaz Zaini idola yang disegani. Majulah KAFA Segamat di bawah pimpinan mereka..insyaAllah.

Monday, July 5, 2010

PENYELIA KAFA DAERAH BATU PAHAT

Cik Faridah binti Ahmad
Tahniah diucapkan kepada KAFA Batu Pahat.... dulu berdua kini dah bertiga. Semoga ada keserasian dalam bertugas kerana persefahaman itu penting demi mencapai kejayaan dalam apa jua yang dirancang, insyallah.
Sungguh setia kak long kita dalam KAFA. Daripada seorang guru hinggalah menjadi penyelia... terus tegoh berdiri tanpa jemu, walaupun dugaan demi dugaan datang melanda. Tahniah kak Long. Dugaan yang sedang dilalui sekarang kecil je. Dulu masa tahun 90 an... rasanya lagi berat kot. Zaman duit kecil.. tapi hati senang. Kini duit dah besar.. hati pula kurang senang. Biasalah tu. Allah maha Adil terhadap hambaNya.
Puan Suziana binti Ithnin

Selagi ada dugaan, selagi itulah Allah sayang kan kita. Betul tak Suzi ?
Dugaan hidup yang dilalui memang banyak ranjau dan durinya. Tapi itu semua tidak pernah mematahkan semangat penyelia yang berbadan kecil ini. Setiap dugaan Allah bayar dengan kemanisan dan peningkatan dalam kehidupan. Namun... perjuangan dalam KAFA wajib diteruskan. Selagi amanah terpikul di bahu, selagi itu takkan habis usaha dan keringat yang dikerah.

Mohd Fandi

Kini, amanah ini dipikul bersama seorang lagi penyelia KAFA lantikan 15 Mei 2010 iaitu Ustaz Mohd Fandi. Terus berusaha ya dik. Walaupun jauh berulang dari Parit Raja Muar, demi amanah yang Allah telah tentukan, jangan putus asa, walaupun ada dugaan melanda. Tugas penyelia kafa tak semanis yang dijangka. Tapi.. bila dah disandang, sayang pada KAFA tak boleh diukur dalamnya. Kita sama-sama rasai kemanisan dalam KAFA.

"ALLAH BERSAMA KITA"

Sunday, July 4, 2010

PENYELIA KAFA DAERAH JOHOR BAHRU

Puan Sabariah binti Ariffin

Assalamualaikum...semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati hidup dan kerjaya kalian bertiga. Kepada Puan Sabariah binti Ariffin dan Cik Hummu Habibah binti Ismail...study hard. Tahniah di atas keserasian gandingan kamu bertiga. Sama-sama berusaha menempuh kepayahan untuk menempah kejayaan. Sama-sama berusaha untuk mempertingkatkan kejayaan dalam diri dan kerjaya. Yang penting... sama-sama berusaha mempertingkatkan pencapaian guru KAFA dalam P&P.
Cik Hummu Habibah binti Ismail

Doa sentiasa mengiringi kamu, moga mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan. Untuk Cik Hummu...jika dah berjaya ... setinggi-tinggi doa ku pohon pada Nya agar adikku ini dipertemukan jodoh jua..amin!!!!!!!
Sentiasa berusaha dalam membimbing guru KAFA ke arah kecemerlangan dalam P&P. Sentiasa sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan mendatang. Semoga aktiviti yang disusun sepanjang tahun 2010 dapat berjalan lancar.
 Natasya
Gandingan ke tiga bagi membantu KAFA Daerah Johor Bahru yang mempunyai guru yang ramai. Mudah menyesuaikan diri dengan dua orang kakaknya itu memudahkan lagi beliau menjalankan tugas sebagai seorang penyelia walaupun lebih junior. Dulu mempunyai potongan badan yang comel...sekarang telah menjadi gandingan trio yang mantap, tegap lagi gagah. Sikap ringan tulang dan sentiasa berusaha sangat membantu rakan dalam menjalankan tugas di pejabat.  

Salam Mesra :
" Guru Pembina Negara Bangsa "