CERITA CERITI
HANTU PUN TAK TAHAN
Kisah sepasang ..suami isteri, yang tinggal nun di hujung kampung dot.dot. Si suami mempunyai seorang isteri yang kuat bercakap...mengomel...berleter....tak kira pagi, petang, siang, malam dan sepanjang masa. Pada suatu hari..
Suami : Awak...jom ikut abang bersiar-siar dalam hutan.
Isteri : Abang nak ajak saya pergi mana? nak belikan saya apa? nak pergi pukul berapa? bla..bla..
Suami : Jom...ikut abang sekarang.
Lalu...berjalanlah mereka ke dalam hutan...sehingga tiba di sebuah telaga buta yang dalam...yang telah lama ditinggalkan.
Suami : Awak.....cuba awak tengok..apa ada dalam telaga ini.
Isteri : Baiklah...(dengan taat menjengah ke dalam telaga tersebut)
Dengan segera...suami terus menolak isteri ke dalam perigi tersebut. Dan..si suami terus beredar... pulang ke rumah. Setelah seminggu... si suami berasa sunyi. Rindu pula pada keriuhan isterinya. Lalu...pergi mencari isteri nya yang telah ditolak ke telaga tempohari. Diambilnya baldi yang berikat tali...lalu dihulurkan ke dalam telaga tersebut. Tiba-tiba... terasa berat baldi tersebut.
Suami : Hidup lagi rupanya isteri aku ni.
Ditariknya baldi tersebut naik ke atas. Si suami amat terperanjat melihat makhluk yang di bawa naik itu...berambut panjang...sehingga menutup muka.
Hantu : Terima kasih..wahai orang tua. Engkau telah menyelamatkan aku daripada perempuan yang ada di bawah san. Aku tak sanggup mendengar dia bercakap tak berhenti-henti.
Suami : oooohhh...aku ingatkan isteriku...tetapi hantu rupanya. Diapun tak sanggup mendengar leteran ..apatah lagi seorang suami.
Pengajaran : Berpada-padalah dalam tindak tanduk. Jangan berlebihan. Diam itu lebih baik daripada bercakap yang boleh menimbulkan kebencian..dosa..dan sebagainya.
APA YANG KOTOR????
Pada suatu pagi.....
Isteri : Abang...saya rasa jiran kita tu...tak tahu cuci baju lah.
Suami : Kenapa sayang cakap macam tu?
Isteri : Sebab..saya nampak baju yang dia jemur tu..macam kurang bersih. Masih ada lagi kotoran yang melekat.
Suami : Oh.......
(setelah seminggu berlalu, si isteri bercerita lagi)
Isteri : Abang...jiran kita tu..dah pandailah cuci baju. Saya tengok baju yang dia jemur tu...semuanya bersih. Tak macam sebelum tu..
Suami : Masalahnya...bukan jiran kita tu tak tahu mencuci. Tapi....tingkap kita tu..yang dah kotor. Semalam...abang baru je cuci tingkap tu sampai berkilat.
Pengajaran : Menuding 1 jari ke arah orang lain, sedangkan 4 jari lagi menunjuk ke arah diri sendiri. Oleh itu, sebelum menyalahkan orang lain...muhasabah diri sendiri.
YANG MANA PALING SUAMI INGAT ?????
(Peristiwa Isteri hilang)
Suami membuat laporan tentang kehilangan isteri yang keluar rumah pergi ke kedai..namun tak pulang-pulang.
Polis : Sudah berapa lama isteri encik keluar?
Suami : Saya tidak pasti. Pagi tadi...eh tengahari kot.
Polis : Isteri encik pakai baju warna apa?
Suami : Saya tak pasti la....mungkin biru atau purple.
Polis : Baiklah..Isteri encik ada bawa kad kredit ataupun kad ATM?
Suami : Kad ATM memang sentiasa ada dalam beg tangannya. Tapi...kad kredit..saya tak pasti lah.
Polis : Isteri encik keluar naik apa?
Suami : Dia keluar menggunakan kereta saya encik. Proton wira. Kereta itu berwarna silver. Berusia hampir 4 tahun pada bulan Disember ini. Bumper depan sebelah kanan ada kesan calar sedikit. Saya gunakan wangian Teddy Dream dari Lovely Lace.
Polis : Okey...jika begitu...mari kita cari kereta encik dahulu..sebelum mencari isteri encik...(lalu polis menamatkan sesi soalsiasat)
Pengajaran : Adakah lebih mudah mengingati meterial berbanding dengan ciri-ciri insan yang kita sayang? Ubahlah...kenalilah insan yang paling sekat dengan anda. Mengenali yang tersayang adalah bertujuan untuk menyayangi bukan untuk mencari benci.
UJI MINDA:
Sesi uji minda Imam al-Ghazali kepada sekumpulan muridnya : (1)" Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? " Sebahagian muridnya menjawab : "orang tua, guru, kawan, kaum keluarga". Lantas imam al-Ghazali menjawab, perkara yang dekat dengan kita ialah MATI kerana Allah s.w.t. menyatakan bahawa ajal itu datang secara tiba-tiba, tanpa dapat dipercepatkan mahupun dilambatkan. Kemudian ditanya lagi : (2)"Apa pula yang paling jauh daripada diri kita di dunia ini?" Muridnya menjawab : "bulan, matahari, bintang,negeri China dll ". Beliau memberi jawapan : Jawapan yang paling tepat ialah MASA LALU kerana ia semakin jauh dan kita tidak mampu untuk kembali kepada masa lalu itu. Seterusnya ditanya lagi : (3)"Apakah yang paling besar di dunia ini". Mereka menjawab : " Gunung, bumi, matahari". Namun jawapan yang paling benar adalah NAFSU yang paling besar dalam diri manusia di dunia ini...oleh itu pastikan jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka. Imam al-Ghazali bertanya lagi : (4)"Apa yang paling berat di dunia ini?" Mereka menjawab : "besi, gajah dan sebagainya". Beliau berkata lagi : Semua jawapan itu benar tetapi sesuatu yang paling berat di dunia ini adalah MENJAGA AMANAH . Semua makhluk yang dijadikan Allah termasuklah gunung ganang yang besar dan kuat sekalipun tidak berkuasa dan tidak mampu memikulnya apabila ditanya oleh Allah s.w.t. Akhirnya manusia yang kerdil ini pula sanggup memikul tanggugjawab dan amanah yang besar itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment