Monday, June 21, 2010

PENYELIA KAFA DAERAH MUAR

Puan Wahzah binti Abu
Penyelia KAFA Daerah Muar, Puan Wahzah ini dilantik sebagai penyelia KAFA pada tahun 1994. Sebelum ini beliau berpengalaman sebagai Guru KAFA lantikan 1990. KAFA telah begitu sebati dalam diri beliau. Walaupun mempunyai peluang untuk menjadi Guru di Kementerian Pelajaran Malaysia, beliau tetap setia dan tidak sesekali meninggalkan KAFA. Sangat tabah dan beliau akan terus memperjuangkan KAFA .... kebajikan penyelia dan guru KAFA adalah agenda utamanya. Baginya KAFA JAKIM berdiri tegoh bersama Bahagian Pendidikan di Jabatan Agama Johor. "Harumkan nama JAJ di mata JAKIM"
Puan Nor Arpah binti Hamsin
Puan Nor Arpah...pasangan ke 3 bagi kak Wahzah. Sebelum ini..Puan Norhidayah@Hawiyah dan Haji Kamdi bin Atmo. Senang dipanggil dengan nama Pah @ Kak Pah..pasangan yang serasi dan sehati ngan Kak Wahzah. Banyak ilmu dan pengalaman yang telah ditimba selama berkerja di PPAD Muar mulai 1998. Sebelum ini, beliau dilantik sebagai penyelia KAFA Negeri pada tahun 1997 di Kompleks Islam Johor iaitu di ibu pejabat. Orangnya penyabar..dan juga setia dengan KAFA walaupun berpeluang menjadi guru kementerian...tak mahu juga tinggalkan KAFA. Inilah akibatnya...bersahabat ngan kak Wahzah.

Berita untuk dikongsi....
Tahun 2009 dan tahun 2010 adalah tahun mencabar bagi kedua-dua penyelia KAFA Daerah Muar. Tahun yang banyak menimbulkan kontroversi untuk kami berdua. Kepada Allah tempat kami mengadu dan berserah. Dia yang maha mengetahui akan segala yang berlaku.
Hidup ini ibarat putaran roda. Ada masa kita di atas.. dan ada masa kita di bawah. Yang paling penting dalam hidup ini ialah... redha, berusaha dan bersabar menghadapi dugaanNya. Insyallah akan ada kemanisan dan kemenangan jua akhirnya. Kan paaaah!
Selamat menjalankan tugas sebagai "Penyelia KAFA Daerah Muar" tanpa rasa jemu dan patah semangat. Setiap dugaan, kepayahan dan kepahitan yang dilalui..pasti akan ada kejayaan, kemudahan dan kemanisan yang akan dikecapi. Perjuangan mesti diteruskan... CHAIYUK!!!!!
Pastikan apa jua pengalaman dan pengetahuan yang ditemui akan menjadi pedoman dan panduan untuk kejayaan di masa mendatang. Ingat ya Pah... tidak semua apa yang kita buat dan apa yang kita ada akan disukai semua orang. Yang penting...buat apa yang betul selagi tidak melanggar peraturan ALLAH dan Pekeliling JAKIM dan JAJ. ALLAH pasti bersama KITA.

"USAHA PASTI JAYA"

1 comment:

  1. salam..puan..saya berminat nk apply guru kafa..ini kerana sekarang saya menetap di muar, menjaga orang tua,tp xde pekerjaan yang tetap..saya berminat nk apply guru kafa..cmne ye nk apply...harap paun boleh beri tunjuk ajar..ap pn puan boleh email saya di islammfbs@gmail.com.syukran,...

    ReplyDelete