BERITA TERKINI

 Ketua Penolong Pengarah JAKIM - Haji Muhammad Ansarullah bin Haji Mohd Hashim
Slot - Jati Diri Guru KAFA Derah Muar

 Bersama sebahagian Guru KAFA Daerah Muar - Kursus Bina Jati Diri Guru KAFA

Bersama sebahagian Guru KAFA Daerah Muar - Kursus Bina Jati Diri


 

ANALISA UPKK 2011
Keputusan Keseluruhan UPKK - Rujukan JAKIM

Bil.       Pusat                  Calon Daftar   Calon Hadir   % lulus   GPN
1.       Pulau Pinang               4639                   4526              100      1.54
2.       Selangor                    15637                 15336              100      1.67
3.       Terengganu               18511                 18032              100      1.71
4.       Perak                         15343                14740               100      1.75
5.       Negeri Sembilan         9019                  8766               99.8     1.76
6.       Melaka                        7461                  7362               100      1.76
7.       Kedah                       19665                 19044               100      1.79
8.       Johor                        36108                 34914              100      1.84
  9.       Wilayah P'tuan            7314                    7211             100      1.88          
10.     Pahang                      10962                  10582             100      1.89
11.     Perlis                           2519                    2489              100     1.99
12.     Kelantan                    33280                  33217             100      2.04
13.     Sabah                           5475                    4809            99.9      2.33
14.     Sarawak                       8470                    8046             100      2.35
             Jumlah                194403                189074           99.99      1.88


Ahad, 20 Mei 2012
Majlis Anugerah Kecemerlangan UPKK Peringkat Kebangsaan 2012 telah diadakan pada 1-2 April 2012 bersamaan 9-10 Jamadilawal 1433 di Hotel Dynasty, Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Objektif Majlis Anugerah ini :
1. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada kejayaan pelajar dalam peperiksaan UPKK.
2. Meningkatkan kesungguhan dan motivasi guru serta pelajar dalam mengekalkan prestasi serta kecemerlangan dalam pelajaran.
3. Mengiktiraf usaha yang dilakukan oleh pegawai, guru dan pelajar yang terlibat dalam pendidikan UPKK.
4. Mempromosi hasil Pendidikan KAFA.

Penerima Aanugerah Perdana UPKK 2011 :
adik Muhammad Taslim bin Abd Rasyid - SRA Tanwiriyah, Parit Jawa, Muar (100%)

Pelajar Cemerlang UPKK 2011 :
1. Nur Hidayah binti Azmidi - SK Putra Jaya, Setiu, Terengganu (99.9%)
2. Nur Fatimah Syahindah binti Suhairie - SAR Gedong Lalang 162, Seremban, Negeri Sembilan (98%)

3. Nureen Humairah bt Ahmad Fahiza - SRA Islam Masjid Hj Saad, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (98%)
4. Fatin Liyana binti Suaimi - SA Rakyat Kaha (I) Darul Muhajirin, Batu Caves, Selangor (97.9%)
5. Aiman Nabilah binti Abd Aziz - SRA Rakyat Al-Munir, Kg Padang Tembak Perak (97.4%)
6. Nurwirda Husna binti Abd Rani - SA Rakyat Alif, Sungai Isap Perdana, Pahang (97.4%)
7. Nur Diyana Kamilah binti Shobri - Kafa Putra Presint 9, Putrajaya (97%)
8. Situ Nursyauqina binti Ahmad Yani - Sekolah Tengku Badariah, Arau, Perlis (96.5%)
9. Mazni binti Sabardin -  Kafa Kg. Mentertip, SA Pekan Semporna, Sabah (91.5%)
10. Nur Annisa binti Azman - SK Salor, Kota Bharu, Kelantan (8A)
11. Nur Fatehah binti Muhammad - SK Peremban, Kedah (8A)
12. Dayang Nur Amira binti Abg Halim - SA Sri Aman, Serawak (8A)
13. Nurul Hidayu binti Hj. Yahya - SK Datuk Thamby Chik Karim, Melaka (8A)



Gambar-gambar Hari Anugerah Kecemerlangan UPKK 2010
Adik Amirul Dharma - SRA Tanwiriyah (99.8%)
Terbaik UPKK 2010 Peringkat Daerah Muar dan Negeri Johor
Tempat ke 2 di Peringkat Kebangsaan


 


 adik Nur Fariha binti Safar

Anugerah Kecemerlangan UPKK 2009 Peringkat Kebangsaan telah di adakan di Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (bersebelahan Masjid Negara) pada 15 Jun 2009, yang telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Tahniah diucapkan kepada KAFA Negeri Johor kerana pelajarnya tersenarai dalam sepuluh pelajar cemerlang UPKK 2009 peringkat kebangsaan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Nor Fariha binti Safar, dari KAFA Sekolah Agama Pekan Pagoh Muar, yang berjaya menduduki tempat ke 2 daripada 10 pelajar di seluruh Malaysia.
Semoga KAFA Negeri Johor sentiasa mengekalkan kecemerlangannya...insyaAllah.

"Guru Pembina Negara Bangsa "