HADIS

 KABINET SYAITAN

Syaitan mempunyai organisasi tersusun dan bersistematik. Mereka dipimpin oleh ketua dan mempuyai menteri serta ahli jawatankuasa khas yang diberikan portfolio tertentu.

Syaitan juga ada pengkhususan dalam bidang masing-masing...sesuai dengan pangkat dan kepakaran.

IBLIS : Ketua bagi semua syaitan.
DASIM : Meruntuhkan rumahtangga.
KHANZAB : Menimbulkan rasa was-was semasa sedang solat.
AL-A'WAR : Mengajak lelaki dan wanita menghampiri zina
AL-WALHAN : Menimbulkan was-was semasa berwudu'
ZALANBUR : Mencipta suasana zalim dalam urus niaga
THABR : Menghampiri manusia yang ditimpa musibah dan berusaha menjadikan manusia rasa teramat gelisah serta tidak redha menerima ujian.
MISWAT : Syaitan yang bertanggungjawab dalam perkara dusta



SEGERAKAN YANG 5

Menurut ulama, tergopoh gapah adalah syaitan..kecuali dalam lima keadaan :
   1. Mengahwinkan anak perempuan apabila sudah tiba masanya. 
   2. Melunaskan hutang pada waktu yang dijanjikan.
   3. Menguruskan jenazah.
   4. Melayan dan menghormati tetamu.
   5. Bertaubat atas dos-dosa yang telah dilakukan.



MEMBURU SYURGA

Berikut aadalah pelbagai sifat orang yang bertakwa, yang dengannya mereka layak masuk syura mengikut kategori masing-masing.

SYURGA FIRDAUS :
Memiliki 7 sifat terpuji - Beriman, khusyuk dalam solat, menjauhkan diri daripada perbuatan yang tidak berguna, menunaikan zakat, menjaga kehormatan diri, menjaga amanah dan menepati janji dan menjaga solat (surah al-Mu'minun 23:1-11)

SYURGA ADN :
Orang yang bertakwa - diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan bersih dan suci daripada kufur syirik dan maksiat kepada ALLAH (surah an-Nahl 16:31-32)

Orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh - membersihkan diri daripada perbuatan kufur dan maksiat.

Orang yang banyak berbuat baik -  mengguna pakai ajaran dan hukum sebagaimana yang ditetapkan oleh ALLAH, Bersifat wasatiyyah, Segera berbuat kebaikan (surah Fatir 35:32-33)

Orang yang bersabar dalam meniti kehidupan - Sabar dalam mencari keredhaan ALLAH, Mendirikan solat, Menafkahkan harta di jalan ALLAH dan membalas kejahatan dengan cara yang baik (surah al-Ra'd 13:22-23)

SYURGA AL-NA'IM
Orang yang bertakwa (surah al-Qalam 68:34)
Orang yang beriman dan beramal soleh (surah Luqman 31:8 dan surah al-Hajj 22:56)

SYURG AL-MA'WA
Orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh (surah al-Sajdah 32:19)

DAR AL-SALAM
Orang yang melakukan amal soleh (surah al-An'am 6:127)

DAR AL-MAQAMAH
Orang yang taat kepada ALLAH (surah Fatir  35:34-35)

SYURGA AL-MAQAM
Orang yang bertakwa (surah al-Dukhan 44:51)

SYURGA AL-KHULD
Orang yang bertakwa (surah al-Furqan 25:15)









RUGINYA MENINGGALKAN SOLAT


Orang yang mengabaikan solat akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat. Di dunia..kehidupan mereka akan dipenuhi dengan maksiat dan kemungkaran...serta hidup menjadi tidak tenang dan tidak keruan.

ALLAH berfirman yang bermaksud : " Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar " (surah al-'Ankabut 29-45)

Apakah untungnya kalau hidup dalam kemewahan sekalipun...sekiranya hati tidak tenteram dan tiada ketenangan. Manakala di akhirat pula ...orang yang mengabaikan solat akan menerima azab yang amat pedih. Dalam kitab al-Kaba'ir karangan imam al-Zahabi, dinyatakan bahawa sebahagian ulama' telah berkata, bahawa orang yang meninggalkan solat akan dikumpulkan bersama Qarun, Firaun, Haman dan Ubay bin Khalaf  di akhirat kelak.





PERIHAL KIAMAT DALAM NAMA-NAMA SURAH

Al-Quran merupakan mukjizat terbesar yang ALLAH berikan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Ia melengkapi semua panduan untuk hidup manusia dan segala isi di alam ini.

Bidang ini termasuklah ilmu fiqah, aqidah, sirah para nabi dan rasul, geografi dan begitu juga perkara-perkara ghaib tentang hari kiamat, syurga dan neraka.

Jika diteliti nama-nama surah yang terdapat dalam al-Quran, terdapat sebahagiannya yang membawa maksud hari kiamat. Nama-nama tersebut seperti :-

1. al-Waqi'ah (56) - hari kiamat
2. al-Taghabun (64) - hari didedahkan segala kesalahan
3. al-Haqqah (69) - hari kiamat
4. al-Qiyamah (75) - hari kiamat
5. al-Ghashiyah (88) - hari pembalasan
6. al-Qari'ah (101) - hari kiamat

Disamping itu juga, terdapat nama-nama surah dalam al-Quran yang menggambarkan keadaan dan perihal hari kiamat, seperti :-

1. al-Naba' (78) - berita penting
2. al-Nazi'at (79) - para pencabut
3. al-Takwir (81) - penggulungan matahari
4. al-Infitar (82) - terbelahnya langit
5. al-Inshiqaq (84) - terbelahnya langit
6. al-Zalzalah (99) - goncangan

Sesungguhnya, apabila diselak sehelai demi sehelai lembaran al-Quran, banyak sekali peringatan yang ALLAH S.W.T. berikan kepada kita tentang kewujudan dan perihal hari kiamat ini. Mari kita sama-sama mengambil iktibar tentang hari yang pasti akan berlaku ini....HARI KIAMAT.





CHECK-POINT HIDUP MANUSIA


ALAM ROH
Masih ingat "AKU JANJI" kita dengan Pencipta kita? Saat Allah berfirman yang bermaksud "Bukankah AKU ini Tuhanmu?" kita semua menjawab dengan yakin :"Benar, ENGKAU Tuhan kami, kami menjadi saksi"....(surah al-A'raf : 172)

ALAM RAHIM
Inilah tempat yang paling selamat bagi manusia...di dalam rahim ibunya. Nyawa mula ditiupkan semasa bayi berada dalam kandungan.

DUNIA
Dunia tidak ubah seperti sebuah" kenderaan" yang membawa musafir ke alam akhirat. Oleh itu, isilah "musafir" ini dengan bekal yang bakal menyelamatkan kita menempuh "check-point" seterusnya yang jauh lebih mencabar.

SAKARATUL MAUT
Jangan sangka apabila sudah hampir terpisah nyawa dan jasad, ujian telah berakhir. Ujian yang perlu dilalui...Ujian sakaratumaut. Diuji antara iman dan kufur.

KUBUR
Sendirian...tidak berteman. Terasing dan sepi. Inilah transit sementara menunggu detik kiamat. Awas!! jangan pula mengganggu teman di sebelah dengan teriakan sendiri..dek diazab seksa...nauzubillah.

TIUPAN SANGKAKALA
Tiupan pertama sangkakala akan mematikan semua makhluk kecuali Allah dan malaikat israfil.

DIHIDUPKAN SEMULA
Tiupan kali kedua akan menghidupkan kembali makhluk yang telah mati. Kekuasaan Allah... mayat yang telah hancur dimamah bumi dan tulang temulang yang bersepah sana sini, mampu "dibangkitkan" semua oleh Allah.

AL-HASYAR (manusia dikumpulkan semula)
Seperti perhimpunan jemaah haji di padang Arafah pada hari wuquf, begitulah keadaan di padang Mahsyar. Di sini beberapa check-point terpaksa manusia tempuhi lagi.

Syafaat - Manusia memohon syafaat daripada para nabi..hingga akhirnya hanya Rasul akhir zaman (Nabi Muhammad S.A.W.) sahaja yang mampu memberi syafaat.

Penyerahan Kitab Amalan - Diterima melalui tangan kanan atau kiri? Semuanya berdebar-debar menuggu kitab amalan masing-masing.

Hisab - Di sinilah manis akan menanggung dan menjawab (tanggungjawab) setiap perbuatannya di dunia akan ditayangkan kembali.

Mizan - Ini proses "menakar" iman. Segala kebaikan yang dilakukan walau sebesar biji sawi ada sahamnya menerusi neraca ini. Begitu juga amalan keburukan. inilah kecanggihan mizan ciptaan ALLAH S.W.T. Tiada satupun amalan yang terlepas daripadanya.

Telaga (al-Haud) - Hanya insan terpilih sahaja yang mampu melegakan tekak, meneguk air dari telagi nabi ini.

Titian Sirat - Titian yang merentangi neraka jahanam. Keadaannya yang lebih tipis dan halus daripada sehelai rambut, malah lebih tajam daripada pedang. Inilah satu-satunaya jalan menuju ke syurga. Titian ini lurus..tiada selekoh dan tidak bercabang. Walaupun begitu, orang kafir tetap gagal melintasinya.

Destinasi terakhir iaitu : Syurga atau Neraka ?????

Syurga - Tiada mata yang penah melihat keindahannya. Tiada telingan yang pernah mendengar butiran perinciannya. Tiada kata-kata yang mampu mengungkapkan keindahannya...malah tiada lukisan pun yang boleh mentafsirkan keadaannaya.

Neraka - Inilah seburuk-buruk kediaman. Apinya marak menjulang-julang. Panasnya tidak mampu disukat. Seksanya tidak mampu dibayangkan.





Tanda Sempadan Tempat Solat:


Tanda atau sempadan di hadapan tempat sembahyang seseorang samada ianya merupakan dinding atau tiang atau benda yang ditegakkan atau benda yang diletakkan di hadapan tempat sujud seseorang yang sedang solat.

Maksud Hadis : Daripada Abu Jahim bin al-Harith r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, Sekiranya orang yang melintasi di hadapan orang yang sedang solat, maka berdosa baginya, maka adalah lebih baik baginya berdiri selama 40 hari daripada ia melintasi di hadapan orang yang sedang solat.

Pengajaran Hadis :
1. Setiap orang hendaklah memuliakan tempat sujud seseorang yang sedang solt.
2. Haram seseorang melintasi (lalu) di hadapan orang yang sedang solat dan dikehendaki ia menuggu sehingga selesai mengerjakan solatnya.
3. Seseorang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat lebih besar dosanya (azabnya) jika dibandingkan dengan azab (penatnya) ia berdiri selama 40 hari.
4. Sunat meletakkan sesuatu tanda di hadapan tempat sujud ketika sedang solat.

Maksud Hadis : DaripadanAishah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah ditanya ketika di dalam peperangan Tabuk mengenai sempadan orang yang solat, maka jawab baginda, "Ianya seperti kayu bahagian belakang tempat bersandar yang ada di belakang unta." (riwayat Muslim)

Pengajaran Hadis :
1. Sunat bagi seseorang yang solat itu meletakkan sesuatu benda di hadapan atau menjadikan dinding, tiang sebagai tanda sempadan. Dengan adanya benda tersebut  boleh menghalang orang lain melintasi hadapan mereka yang bersolat.
2. Ukuran tinggi sempadan itu tidak kurang daripada 2/3 hasta.

Maksud Hadis : Daripada Abu Sa'id al-Khadri r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak batal solat seseorang yang dilalui atau dilintasi oleh sesuatu (manusia atau binatang) dan hendaklah kamu menghalang sekadar kemampuan kamu."(riwayat Abu Daud)

Pengajaran Hadis :
1. Tidak batal solat seseorang sekiranya didapati ada sesuatu melintasi hadapannya.
2. Harus menghalang sesiapa yang cuba melintasi hadapan, sekadar yang mampu asalkan tidak membatalkan solatnya kerana perbuatan itu.
3. Berdosa bagi mereka yang lalu di hadapan orang yang sedang solat dan ia boleh dipanggil syaitan.

No comments:

Post a Comment