PANDUAN KEHIDUPAN


TIP BIMBING ANAK JAUHI HAMBA TEKNOLOGI

1. Fahamkan anak-anak bahawa gadget ialah alat dan bukan tujuan hidup. Gunakanlah ia     sebagai alat untuk beribadat kepada Allah S.W.T. Katakanlah jika mereka ingin     menggunakan internet untuk mencari ilmu..maka..gunakanlah ia sebaik-baiknya.     Sebaliknya..jika mereka menyalahgunakan untuk perkara yang sia-sia...ia hanya membuang    masa. Bukankah setiap saat umur kita akan dihisab oleh Allah S.W.T. ???

2. Tetapkan had masa jika anak ingin menggunakan gadget. Jika mereka tidak mematuhi atau melanggar masa..dengan tegas kita menarik semula kemudahan tersebut untuk tempoh tertentu.

3. Ketika tetamu datang berkunjung..disiplinkan anak..jangan terus menrus mengadap komputer,     permainan video ataupun telefon bimbit. Ajak mereka berinteraksi dengan tetamu dan saudara     mara. Fahamkan kepada mereka..bahawa tetamu wajib dirai..kerana ini adalah sunnah Rasulullah    S.A.W.

4. Latih anak peka dengan waktu solat. Setengah jam lagi masuk waktu solat...tutup komputer     ataupun televisyen....jangan terleka...atau menangguhkan waktu solat.

5. Apabila ibu bapa sedang bercakap....pastikan anak memberi perhatian..memandang wajah kedua     ibubapa. Jika pandangan anak itu mengembirakan hati ibubapa...Allah akan menganugerahkan     pahala buat mereka. Sibukkanlah diri melayani ibubapa daripada melayani SMS dan sebagainya.     Jika panggilan telefon lebih penting...minta izin ke dua ibubapa..agar setiap perbuatan mendapat     redha ibubapa dan redha Allah.




ADAB BERSUKAN DALAM ISLAM

Di dalam Islam, segala permainan dan hiburan adalah diharuskan selagi ianya tidak melanggar batas-batas syarak yang telah ditetapkan. Nabi Muhammad S.A.W. sendiri tidak melarang untuk berhibur dan bermain (bersukan). Bersukan adalah amalan sihat dan diharuskan dalam Islam, ianya merupakan satu unsur yang menjurus kepada pemantapan fizikal dan secara tidak langsung meningkatkan kecerdasan mental. Sukan yang hendak diikuti dan dilakukan itu mestilah sesuai dan tidak melanggar hukum-hukum syarak.

BERSUKAN KERANA ALLAH
* Bersukan sambil tidak mengabaikan solat fardhu, mendapat pengisian yang lengkap dari aspek rohani dan jasmani.
* Tubuh badan orang bersukan (berpeluh)nmasih boleh menunaikan solat asalkan ianya tidak terdapat najis.
* Utamakan waktu solat di mana-mana sahaja, asalkan mengadap kiblat yang satu.
* Utamakan waktu solat...barulah pergi bersukan.

MENUTUP AURAT
* Ianya dituntut di mana-mana sahaja selagi berada di tempat awam atau berada di hadapan (ajnabi) lelaki atau perempuan yang halal dinikah.
* Islam juga mengkhususkan dan membataskan pakaian kaum muslimin.

SUKAN YANG TIDAK MEMUDARATKAN
* Semua sukan yang dilakukan adalah bertujuan untuk menyihatkan diri sendiri, bukan yang boleh mendatangkan kemudaratan.
* Apa sahaja penyebab bahaya/kemudaratan yang menjurus kepada kehancuran adalah wajib untuk ditinggalkan.

SUKAN YANG TIDAK MELALAIKAN
* Muslimin dan muslimat mestilah membatasi setiap perkara yang hendak dibuat agar selaras dengan hukum yang telah dtetapkan.
* Sekiranya sukan yang hendak diikuti itu antara perkara yang melalaikan dan boleh  menyebabkan seseorang tersebut meninggalkan kewajipan atau tanggungjawab, ianya telah dikategorikan sebagai melanggar hukum Islam kerana amanah yang diberikan oleh Allah tidak boleh diabaikan.

SUKAN YANG MENDATANGKAN MANFAAT
* Sebaik-baik sukan ialah sukan yang dilakukan ada mendatangkan manfaat.
* Manfaat yang bukan sahaja untuk diri sendiri, malah untuk pasukan, peminat hinggakan kepada agama, bangsa dan negara sekalipun.

KONKLUSI
Dpatlah umat Islam membezakan sukan mana yang patut diikuti dan yang patut dijauhi kerana tiada faedah langsung jika kita bertungkus lumus bersukan dalam keadaan kita melanggar ajaran ALLAH. Sesungguhnya kesihatan itu pula datangnya dari izin ALLAH. Wallahua'lam.

MENANGANI PANAS BARAN

Punca Panas Baran
  • Sikap yang diwarisi daripada ahli keluarga
  • Emosi yang tidak terkawal, perilaku agresif, rasa dikecewakan, sifat ego dan tekanan perasaan.
  • Persekitaran dan didikan
  • Gejala sosial
  • Masalah kewangan ataupun keluarga
  • Bebanan kerja
Langkah Menangani Panas Baran
  1. Latih diri memberi pandangan positif tanpa menimbulkan kemarahan sekalipun.
  2. Menenangkan diri perlahan-lahan.
  3. Mengawal perasaan marah dari dalam diri.
  4. Menarik nafas panjang, perlahan-lahan dan dalam-dalam.
  5. Belajar menjadi masyarakat yang bertamaun.
  6. Mengamalkan sikap bertolak ansur.
  7. Mencipta hidup yang aman dan harmoni.
Risiko Individu Panas Baran
  • Terdedah dengan serangan penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung dan migrain.
  • Dijauhi dan dipulaukan masyarakat keliling.
  • Jiwa kosong, tekanan perasaan atau murung yang melampau.
  • Hilang kerjaya, kedudukan atau jawatan.
  • Menyebabkan penceraian, pergaduhan, kecederaan atau kemalangan.
  • Melakukan kesalahan jenayah atau penderaan.
Tip Hilangkan Panas Baran Cara Psikilogi
  • Berfikir secara positif dan tenang : Belajar meluahkan perasaan secara positif dan terhormat kerana ia boleh menukar tekanan menjadi kekuatan.
  • Elakkan daripada memekik atau bertindak agresif : Luahan perasaan dan masalah yang dihadapi dalam keadaan, masa dan tempat yang sesuai.
  • Tarik nafas panjang-panjang dan dalam-dalam : Memperbanyakkan membaca buku agama dan motivasi.
  • Kenali Diri : Kenali diri sendiridan ketahui faktor yang boleh menjadi pemacu kepada sikap panas baran diri. Cuba kawal diri setiap kali perasaan tersebut datang.
  • Bezakan Perkara Dalam Kawalan Diri atau sebaliknya : Jika sesuatu itu bukan dalam kawalan..maka marah tidak akan mengubah apa-apa. Sebaliknya ia sekadar membawa penat dan meningkatkan lagi tekanan.
  • Dapatkan Nasihat dan Bimbingan : Jika panas baran masih sukar dikawal...temui ustaz, ulama, guru, kaunselor atau pakar psikiatri. 
 Tip Hilangkan Panas Baran Cara Islam
  • Mengubah Poisi : Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : "Apabila kamu marah, jika ketika itu dalam keadaan berdiri..maka hendaklah ia duduk..maka ia kan menghilangan rasa marah,..jika tidak berbaringlah" (riwayat Muslim)
  • Berwudhu' : Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :"Marah datangnya daripada syaitan, dan ia diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh sebab itu..apabila kamu marah..maka hendaklah kamu berwudu'.."
  • Membaca Ta'awuz: Lafaznya ..اعوذبالله من الشيطان الرجيم...maksudnya :"Ya Allah...lindungi aku daripada syaitan yang direjam"
  • Berzikir : Banyakkan berselawat, berzikir, bertahmid, bertahlil dan bertaubat.
  • Kawal Lisan : Berdiam diri..jangan bertutur..apabila berasa hendak marah kerana ramai manusia yang merosakkan dirinya akibat lisannya sendiri. Katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya dan kebaikannya.
  • Minum Air : Minum air sejuk kerana ia mampu memadamkan api kemarahan.
  • Berkata Kepada Diri : Ingatkan diri sendiri bahawa perkara yang kita lakukan kepada orang lain...satu hari nanti akan berlaku kepada diri kita sendiri juga nanti. Dengan cara ini..kita akan berjaya mengalihkan fokus minda daripada perkara yang boleh mencetuskan perasaan panas baran.
 Tip Tangani Panas Baran Cara Fizikal
  • Giatkan diri dengan pelbagai kegiatan luar 
  • Kerap bersenam walaupun sebentar
  • Ubah diet pemakanan
  • Kurangkan pengambilan kopi : kopi adalah bahan perangsang.
  • Jaga pemakanan : Elakkan memakan banyak daging dan herba. Banyakkan pengambilan sayuran dan buahan.
  • Berhenti merokok : agar fungsi paru-paru menjadi lebih baik.
MENANGANI ORANG PANAS BARAN
  1. Jangan jawab caki makinya...bersabar adalah lebih baik.
  2. Jangan menambah lagi kemarahannya drngan melakukan provokasi ..kerana ia boleh membawa kemudaratan dan dirinya dan orang lain.
  3. Cuba elakkan daripada mencapai senjata tajam atau barang keras. Dan jika perkara tersebut berlaku..minta bantuan orang yang pakar untuk merampas senjata yang dipegangnya.
  4. Jangan menghampirinya, jika dia telah sedia memegang senjata tajam.
  5. Cuba bercakap dengannya...dengan nada suara yang perlahan dan lembut.
  6. Minta dia menarik nafas panjang dan dalam-dalam dan minta dia beristighfar.
  7. Memberinya minuman yang sejuk.


KETENANGAN JIWA
 
     Persoalan jiwa amat penting dalam kehidupan. Jiwa tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Jiwa ialah anugerah dan aset yang hebat dalam diri seseorang. Jiwa itu, apa yang ada dalam hati dan berkait rapat dengan niat. Jika niat berkenalan dengan seseorang untuk berkongsi ilmu, aura ilmu akan memenuhi fikiran anda. Jangan kita tersalah niat...maka tempiasnya akan mengiringi kehidupan anda.
     Kuasa niat amat hebat. Niatlah yang baik pada setiap hari...insya-Allah jiwa akan tenang.
Jika berniat baik dalam apa jua tindakan, setiap usaha berhasil dengan jayanya kerana Allah kasih pada insan yang sentiasa berniat baik. Niat yang bersulamkan nafsu kebencian, hasilnya hanyalah keletihan dan sakit hati. Jiwa akan jadi kacau.

    Tanda-tanda jiwa mulai kacau.....
(1). suka bergaduh walaupun dalam perkara kecil.
(2). melihat kejayaan orang lain sebagai satu ancaman kepada kepada diri.
(3). sering merasa tidak bahagia dan tidak puas dengan apa yang dimiliki.
(4). sangat sukar memberi dan menerima maaf
(5). asyik menyebut dan memikirkan hal-hal negatif, buruk dan kotor.

Jika telah ada sindrom ini...segeralah cari penawar. Mohonlah kepada Allah agar ketenangan kepada diri sepanjang waktu.Utamakan dan mulakan dengan nama Allah yang maha mendengar cetusan hati manusia. Duhai insan...Allah ada di jiwa dan dihatimu, di fikiran dan disetiap nafasmu.
Hati itu perlu sahabat...Zikir dan al-Quran itulah ubat
Hati itu persoalan jiwa...Sebentar menangis sebentar ketawa
Pujukan iblis teramat kuat...Sabarkan hati tabahkan semangat
Jika sudah terlanjur laku...Segeralah kembali kepada yang SATU
Sebagai umat islam, tiada istilah "jiwa kacau" kerana kita mempunyai Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Mendengar. Jiwa kita punya tempat bergantung dan mengadu yang paling istimewa. Allah tidak pernah menolak rintihan dan luahan hambaNya. Selagi Allah kuniakan kita nafas...senyumlah...kerana ia adalah sedekah yang paling mudah, murah dan menjadikan muka ceria. Terus lakukan perkara-perkara sunnah. Ia terkandung hikmah yang tiada bandingan. Dengan amalan yang istiqamah...insya-Allah...jiwa tiada gelisah. 

Bagaimana Sunnah Senyum dan Ketawa 

   Semua orang suka pada senyman. Malah senyuman boleh nebjadi lambang kehebatan seseorang. Tersenyum tatkala sedang berhadapan kedukaan. Rasulullah s.a.w. sering digambarkan oelah para sahabat dengan sifat baginda yang suka tersenyum, baik ketika sedih apatah lagi di kala senang hati.
   Rasulullah s.a.w. bersabda, "dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyakketawa itu mematikan hati". (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi). Oleh itu, ketawalah sekadar terluah rasa gembira dan senang hati. Hindari ketawa yang berlebihan atau ketawa yang boleh menimbulkan prasangka di dalam hati orang lain, berasa dirinya diketawakan dan menyebabkan aib kepada dirinya. Ketawa begitu bukan daripada akhlak Rasululah dan dimurkai Allah.
   Senyuman adalah sedekah yang paling mudah. Hanya bermodal memek wajah yang manis, telah dicatat pahala sedekah bagi mereka yang mengukir senyuman. Semua orang boleh melakukannya...yang penting...niat ikhlas kerana Allah s.w.t. Sabda Rasulullah : "Senyuman kepada saudara kamu adalah kebajikan". (Riwayat Ahmad & at-Tarmizi).
   Mengikut kajian sains, senyum itu menggerakkan otot muka dan menambahkan ketegangan otot serta menguatkannya. Muka yang berkerut dan masam akan menyebabkan otot menjadi kendor dan lemah.
   Rasulullah s.a.w. pernah ketawa hingga nampak gigi gerahamnya, namun tidak mengeluarkan suara yang kuat dan terbahak-bahak. Ketawa orang yang hatinya sentiasa mengingati Allah hanya sekadar mengeluarkan suara yang perlahan dan tidak lama.
   Tirulah gaya senyuman dan ketawa Rasulullah. Setiap adab yang ditunjukkan Rasulullah mengandungi hikmah dan manfaat kepada kita. Hindari ketawa yang menjatuhkan maruah kita  serta ketawa yang boleh melalaikan. Ingatlah pesanan Rasulullah : " Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis." (Riwayat Bukhari)
 

Khasiat Sayur-sayuran

LOBAK PUTIH
Ia mempunyai kandungan khasiat yang tinggi. Membantu menyelesaikan masalah penghadaman akibat masalah perut yang sering meragam. Antara kandungan sayur ini ialah air, glukos, sukros dan fruktos. Ia kaya dengan asid ferulik, asid benzo-pyruvik dan asid amino.

KUBIS
Suyur ini mengandugi sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan. Berkesan mengubat penyakit ulser dan barah, Kubis kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi dan vitamin A, B Kompleks dan C. Jumlah zat galian yang terdapat dalam kubis dapat menghindarkan pengeluaran karsinogen, sejenis bahan kimia berbahaya dalam tubuh badan. Selain itu, asid amino yang mengandugi belerang dalam kobis juga bertindak menurunkan paras kolesterol, meredakan saraf dan menenangkan fikiran serta sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.

KACANG BUNCIS
Sayur ini kaya dengan protein dan vitamin yang mampu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisma gula dalam darah. Ia amat sesuai dimakan oleh mereka yang mengidap kencing manis dan darah tinggi. Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang keterlaluan, kacang buncis dapat membantu mengatasi masalah ini. Perkara ini terbukti melalui ujian makmal yang dijalankan. Hasil ujian menunjukkan kandungan serat dan enzim yang terdapat dalam kacang boncis boleh membantu menurunkan berat badan.

ASPARAGUS
Sayur ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C serta niasin. Mereka yang menghadapi masalah kulit akibat pengumpulan asid yang berlebihan dala darah seperti jerawat, eczema atau kudis. Kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi masalah kulit. Asparagus juga mengandungi elemen-elemen yang baik untuk kelenjar tiriod, pineal dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas serta kulit.

DAUN SALAD
Lazimnya kita melihat daun salad digunakan sebagai hiasan makanan. Enak dimakan begitu saja. Ia kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, zink, vitamin A dan C. Daun salad mampu menghilangkan rasa dahaga dan ertindak melancarkan sistem pernafasan. Daun salad memainkan peranan penting dalam bidang perubatan. Ia bertindak sebagai penawar kepada masalah insomnia atau sukar untuk tidur. Daun salad bertindak untuk menenang dan melapangkan fikiran.

Kesimpulan : Sayur-sayuran sememangnya sangat baik untuk kesihatan. Jadikanlah ia sebagai menu utama sewaktu makan disamping mengamalkan senaman dalam kehidupan Jom...jadi sihat.

No comments:

Post a Comment