Sebelum dipasangkan bertugas dengan Cik Siti Hasmaulizuana atau lebih dikenali dengan panggilan manja "Cik Mau", Ustaz Zaini bertugas dengan Puan Norhayati dan Puan Siti Rohayu. Semuanya menjadi kenangan dalam lipatan sejarah KAFA. Moga ada perancangan yang baik dan berfaedah kepada guru KAFA dari semasa ke semasa.Cik Mau...penyelia KAFA paling muda usianya di Negeri Johor. Orangnya putih gebu...manis dan pandai bawa diri..dan selesa bersamanya. Walaupun masih muda...tetapi sangat komited dengan tugas yang diamanahkan dan sentiasa menjadikan Ustaz Zaini idola yang disegani. Majulah KAFA Segamat di bawah pimpinan mereka..insyaAllah.
Friday, July 16, 2010
PENYELIA KAFA SEGAMAT
( Ustaz Zaini bin Mokhsin )
Zaini bin Mokhsin adalah antara penyelia KAFA yang paling lama berkhidmat dalam KAFA di Daerah Segamat mahupun di negeri Johor. Pasangannya juga silih berganti, tetapi beliau tetap terus berjuang dalam KAFA. Beliau percaya dan tetap berpegang dengan prinsipnya.. "Selagi kita melakukan sesuatu hanya keranaNya, ikhlas keranaNya, ia adalah ibadah dan Allah redha dan memberkati hidup kita". Walaupun berpendapatan tak seberapa jika dibandingkan dengan kakitangan kerajaan yang lain.. tapi kebanyakan laluan kehidupan penyelia KAFA adalah diberkati dan sentiasa mencukupi. Yang penting, belah merasai nikmat hidup sebagaimana kakitangan kerajaan yang lain jua.Sebelum dipasangkan bertugas dengan Cik Siti Hasmaulizuana atau lebih dikenali dengan panggilan manja "Cik Mau", Ustaz Zaini bertugas dengan Puan Norhayati dan Puan Siti Rohayu. Semuanya menjadi kenangan dalam lipatan sejarah KAFA. Moga ada perancangan yang baik dan berfaedah kepada guru KAFA dari semasa ke semasa.Cik Mau...penyelia KAFA paling muda usianya di Negeri Johor. Orangnya putih gebu...manis dan pandai bawa diri..dan selesa bersamanya. Walaupun masih muda...tetapi sangat komited dengan tugas yang diamanahkan dan sentiasa menjadikan Ustaz Zaini idola yang disegani. Majulah KAFA Segamat di bawah pimpinan mereka..insyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment