Friday, June 8, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MORAL :
* Sifat bangga diri dapat dikesan apabila bercakap suka merujuk kepada kehebatan diri sendiri, adik beradik, suami, isteri, anak dan seumpamanya...dia sahajalah yang paling hebat.
* Perbuatan yang paling dibenci oleh Rasulullah s.a.w. adalah bercakap dengan bermegah-megah dan bangga diri.
* Rasulullah s.a.w. menyebut, orang yang paling baginda benci ialah orang yang banyak bercakap, bercakap tidak tahu sumber itu betul atau salah dan bercakap besar.
Tiga golongan ini bukan sekadar dibenci oleh Rasulullah s.a.w. tetapi juga tidak mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak.
Daripada Jabir bin Abdillah r.a. Raulullah s.a.w. bersabda, "Orang yang paling aku sayang di kalangan kamu dan duduk paling dekat denganku pada hari akhirat ialah mereka yang paling mulia akhlaknya. Manakala orang yang paling aku benci dan duduk paling jauh denganku di akhirat kelak ialah orang yang banyak cakap serta pembawa cerita tanpa disahkan kebenarannya dan yang bercakap besar. (Riwayat Ahmad)
8 perkara :
Sesungguhnya Allah menjadikan anak cucu Adam atas 8 perkara. Diantaranya : 4 perkara penghuni syura iaitu wajah yang ramah, lisan yang fasih, hati yang bertaqwa dan tangan yang ringan. 4 perkara penghuni neraka iaitu wajah yang muram, lisan yang keji, hati yang keras dan tangan yang bakhil.
1. Imam SYAFI'I - Daripada nama keturunan (Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Usman bin Syafi')
2. Imam MALIKI - Daripada nama sebenar ( Malik bin Anas )
3. Imam HANAFI - Daripada nama anak ( Abu Hanifah Nukman bin Tsabit )
4. Imam HAMBALI - Daripada nama datuk (Ahad bin Muhammad bin Hambal )
MAZHAB HANAFI : Merujuk kepada mazhab Imam Hanafi
1) Nama beliau ialah an-Nu'man bin Tsabit bin Zutha. 2) Seorang tabi'in yang pernah berguru dengan beberapaorang sahabat seperti Anas bin Malik, Sahl bin Sa'ad, as-Sai'di, Abdullah bin Abi Aufa dan Abu Thufail Amir bin Warhilah. 3) Menuntut ilmu dengan lebih 200 orang guru. 4) Pernah berguru dengan Hamad bin Sulaiman selama 20 tahun sebelum mengambil tempat gurunya setelah gurunya meninggal dunia. 5) Kata Imam Syafei'i, "Dalam hal Ilmu Feqah, ada pada Abu Hanifah". 6) meninggal dunia pada tahun yang sama dengan Imam Syafei'i di Baghdad iaitu 150 Hijrah (tarikh Baghdad 13/323).
Benarkah???? Ada unsur judi dalam Cabutan Bertuah ?
Berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Johor pada 2002 ada menyebut :
Harus dan Tidak menyalahi syarak untuk mengadakan cabutan bertuah sekiranya mematuhi syarat-syarat berikut iaitu tiada unsur judi, hadiah yang diberi atas dasar arela hati dan redha pengajur itu sendiri, tiada unsur yang membawa mudarat dan penganiayaan kepada pelanggan disebabkan hadiah tersebut, tiada unsur penipuan dan agenda-agenda tersembunyi. (www.e-fatwa.gov.my)
No comments:
Post a Comment