Saturday, June 2, 2012

Penyelia KAFA Kota Tinggi

Haji Mohd Zaini
Haji Mohd Zaini adalah paling senior usianya di kalangan penyelia yang ada di Negeri Johor. Seorang yang pemalu, senyap dan sesekali mengembirakan suasana bila berjenaka. Berasal dari Bukit Gambir, Muar, tetapi telah menetap di Kota Tinggi. Dalam diam-diam, beliau telah menyambung pelajaran hingga peringkat universiti (Diploma Executif) selama setahun.  Sikap ingin tahu..terus mencuba...terus belajar...terus berusaha...semua dilakukan dalam diam n senyap....kita doakan kejayaan beliau....
Roslinawati binti Md Azib
Seorang lagi Penyelia KAFA Kota Tinggi yang digandingkan dengan Haji Mohd Zaini ialah Rozlinawati. Beliau kuat berusaha, rajin dalam menjalankan tugas dan memberi kerjasama yang baik dan padu dalam memikul amanah sebagai penyelia dan dalam membimbing guru KAFA di Daerah Kota Tinggi. Moga kedua-dua penyelia ini cekal dan tabah dalam menjalankan tugas.

No comments:

Post a Comment