Friday, June 8, 2012


MAJLIS MUZAKARAH ANJURAN JAKIM 2011
Kenangan bersama Haji Fadhilah Kamsah


Sunday, June 3, 2012

Penyelia KAFA Daerah Kluang


Musyiri bin Atan

Musyiri dilantik sebagai Penyelia KAFA Daerah Kluang di Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang. Penyelia KAFA Kluang ini lebih dikenali dengan panggilan Moon...almaklum..mukapun bak bulan purnama...sorry..gurau je. Orangnya tahan bergurau...dan tak mudah ambil hati. Bertanggungjawab dan mempunyai komitmen yang tinggi dalam memikul tanggungjawab sebagai penyelia KAFA.  


Puan Zairina binti Ab Manaf
Lebih mesra dengan panggilan ina...bertugas sebagai Penyelia KAFA Daerah Kluang dan digandingkan dengan moon...menjadikan tugas penyelia KAFA lebih effision dan tambah cemerlang. Komited dengan pekerjaan, menjadikan tugas Penyelia KAFA adalah sesuatu yang penting dan keutamaan dalam kehidupan. Terus berusaha menimba ilmu dan moga berjaya dalam pelajarannya ....OUM.

Penyelia KAFA Mersing


Puan Norhani binti Abd Wahab
Puan Norhani dilantik sebagai Penyelia KAFA Daerah Mersing di Pejabat Pendidikan Agama Daerah Mersing. Abot adalah panggilan mesra teman-teman rapat. Mudah ketawa dan mesra dengan semua orang. Gandingan yang mantap dengan ida, semua tugas penyelia KAFA dapat diselesaikan dengan jaya. Sedang melanjutkan pelajaran di OUM...didoakan moga berjaya dengan cemerlang.


Puan Norzahida
Penyelia KAFA Mersing yang tinggi lampai ini lebih mesra dengan panggilan Ida. Macam pendiam tapi kuat ketawa orangnya. Sesuai bergandingan dengan Norhani..menjadikan kerja dijalankan selesai mengikut jadual. Sedang menuntut di OUM ...didoakan moga berjaya dengan cemerlang.

Saturday, June 2, 2012

Penyelia KAFA Kota Tinggi

Haji Mohd Zaini
Haji Mohd Zaini adalah paling senior usianya di kalangan penyelia yang ada di Negeri Johor. Seorang yang pemalu, senyap dan sesekali mengembirakan suasana bila berjenaka. Berasal dari Bukit Gambir, Muar, tetapi telah menetap di Kota Tinggi. Dalam diam-diam, beliau telah menyambung pelajaran hingga peringkat universiti (Diploma Executif) selama setahun.  Sikap ingin tahu..terus mencuba...terus belajar...terus berusaha...semua dilakukan dalam diam n senyap....kita doakan kejayaan beliau....
Roslinawati binti Md Azib
Seorang lagi Penyelia KAFA Kota Tinggi yang digandingkan dengan Haji Mohd Zaini ialah Rozlinawati. Beliau kuat berusaha, rajin dalam menjalankan tugas dan memberi kerjasama yang baik dan padu dalam memikul amanah sebagai penyelia dan dalam membimbing guru KAFA di Daerah Kota Tinggi. Moga kedua-dua penyelia ini cekal dan tabah dalam menjalankan tugas.

Penyelia KAFA Pontian

MOHD HAFIZ
Mohd Hafiz kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti .....Masih bujang dan sangat bercita-cita orangnya. Salah satu cita-cita anak muda ini ialah ingin menjadi seorang pemimpin masyarakat atau lebih senang disebut jadi YB. Lihatlah songkoknya..memang songkok YB. Jawatan yang disandang sekarang iaitu penyelia KAFA adalah platform untuk beliau meneruskan cita-cita dan melalui tugas ini dapat beliau menimba pengalaman dan ilmu untuk pergi lebih jauh lagi. Orangnya memang handsome, smart dan mempunyai akhlak yang disenangi pelbagai pihak. Didoakan semoga Hafiz berjaya dalam pelajaran dan apa jua yang baik dalam kehidupan.

SHIDA
Puan Shida..mempunyai jiwa yang kuat...tabah dan sabar menghadapi dugaan hidup. Jiwa kental ini memang sesuai dengan tugasnya sebagai Penyelia KAFA. Orangnya kecil molek....sentiasa bertolak ansur...sesuai bergandingan dengan Mohd Hafiz dalam menjalankan tugas sebagai Penyelia KAFA Daerah Pontian. Moga KAFA Pontian sentiasa maju dan cemerlang di bawah pimpinan anda berdua.

Penyelia KAFA Kulai Jaya






KAMARIAH BINTI
Puan Kamariah dilantik sebagai Penyelia KAFA Daerah Kulai Jaya pada 16 Mei 2009 dan bertugas di Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kulai Jaya.Sebagai Penyelia KAFA Daerah Kulai, beliau lebih menumpukan tugas di unit Pengurusan Sekolah. Namun kerjasama dan sikap tolak ansur dalam menjalankan tugas yang diamanahkan sentiasa diutamakan demi meningkatkan prestasi P&P guru KAFA dan pembelajaran murid. Bersabar dalam menghadapi apa jua masalah dan rintangan, insya-Allah ganjaran yang yang lebih baik akan Allah kurniakan dan sikap inilah yang menjadikan beliau disenangi rakan dan sahabat.

Friday, July 16, 2010

PENYELIA KAFA SEGAMAT

( Ustaz Zaini bin Mokhsin )
Zaini bin Mokhsin adalah antara penyelia KAFA yang paling lama berkhidmat dalam KAFA di Daerah Segamat mahupun di negeri Johor. Pasangannya juga silih berganti, tetapi beliau tetap terus berjuang dalam KAFA. Beliau percaya dan tetap berpegang dengan prinsipnya.. "Selagi kita melakukan sesuatu hanya keranaNya, ikhlas keranaNya, ia adalah ibadah dan Allah redha dan memberkati hidup kita". Walaupun berpendapatan tak seberapa jika dibandingkan dengan kakitangan kerajaan yang lain.. tapi kebanyakan laluan kehidupan penyelia KAFA adalah diberkati dan sentiasa mencukupi. Yang penting, belah merasai nikmat hidup sebagaimana kakitangan kerajaan yang lain jua.

( Cik Mau @ Siti Hasmaulizuana binti )
Sebelum dipasangkan bertugas dengan Cik Siti Hasmaulizuana atau lebih dikenali dengan panggilan manja "Cik Mau", Ustaz Zaini bertugas dengan Puan Norhayati dan Puan Siti Rohayu. Semuanya menjadi kenangan dalam lipatan sejarah KAFA. Moga ada perancangan yang baik dan berfaedah kepada guru KAFA dari semasa ke semasa.Cik Mau...penyelia KAFA paling muda usianya di Negeri Johor. Orangnya putih gebu...manis dan pandai bawa diri..dan selesa bersamanya. Walaupun masih muda...tetapi sangat komited dengan tugas yang diamanahkan dan sentiasa menjadikan Ustaz Zaini idola yang disegani. Majulah KAFA Segamat di bawah pimpinan mereka..insyaAllah.