Friday, July 16, 2010

PENYELIA KAFA SEGAMAT

( Ustaz Zaini bin Mokhsin )
Zaini bin Mokhsin adalah antara penyelia KAFA yang paling lama berkhidmat dalam KAFA di Daerah Segamat mahupun di negeri Johor. Pasangannya juga silih berganti, tetapi beliau tetap terus berjuang dalam KAFA. Beliau percaya dan tetap berpegang dengan prinsipnya.. "Selagi kita melakukan sesuatu hanya keranaNya, ikhlas keranaNya, ia adalah ibadah dan Allah redha dan memberkati hidup kita". Walaupun berpendapatan tak seberapa jika dibandingkan dengan kakitangan kerajaan yang lain.. tapi kebanyakan laluan kehidupan penyelia KAFA adalah diberkati dan sentiasa mencukupi. Yang penting, belah merasai nikmat hidup sebagaimana kakitangan kerajaan yang lain jua.

( Cik Mau @ Siti Hasmaulizuana binti )
Sebelum dipasangkan bertugas dengan Cik Siti Hasmaulizuana atau lebih dikenali dengan panggilan manja "Cik Mau", Ustaz Zaini bertugas dengan Puan Norhayati dan Puan Siti Rohayu. Semuanya menjadi kenangan dalam lipatan sejarah KAFA. Moga ada perancangan yang baik dan berfaedah kepada guru KAFA dari semasa ke semasa.Cik Mau...penyelia KAFA paling muda usianya di Negeri Johor. Orangnya putih gebu...manis dan pandai bawa diri..dan selesa bersamanya. Walaupun masih muda...tetapi sangat komited dengan tugas yang diamanahkan dan sentiasa menjadikan Ustaz Zaini idola yang disegani. Majulah KAFA Segamat di bawah pimpinan mereka..insyaAllah.

Monday, July 5, 2010

PENYELIA KAFA DAERAH BATU PAHAT

Cik Faridah binti Ahmad
Tahniah diucapkan kepada KAFA Batu Pahat.... dulu berdua kini dah bertiga. Semoga ada keserasian dalam bertugas kerana persefahaman itu penting demi mencapai kejayaan dalam apa jua yang dirancang, insyallah.
Sungguh setia kak long kita dalam KAFA. Daripada seorang guru hinggalah menjadi penyelia... terus tegoh berdiri tanpa jemu, walaupun dugaan demi dugaan datang melanda. Tahniah kak Long. Dugaan yang sedang dilalui sekarang kecil je. Dulu masa tahun 90 an... rasanya lagi berat kot. Zaman duit kecil.. tapi hati senang. Kini duit dah besar.. hati pula kurang senang. Biasalah tu. Allah maha Adil terhadap hambaNya.
Puan Suziana binti Ithnin

Selagi ada dugaan, selagi itulah Allah sayang kan kita. Betul tak Suzi ?
Dugaan hidup yang dilalui memang banyak ranjau dan durinya. Tapi itu semua tidak pernah mematahkan semangat penyelia yang berbadan kecil ini. Setiap dugaan Allah bayar dengan kemanisan dan peningkatan dalam kehidupan. Namun... perjuangan dalam KAFA wajib diteruskan. Selagi amanah terpikul di bahu, selagi itu takkan habis usaha dan keringat yang dikerah.

Mohd Fandi

Kini, amanah ini dipikul bersama seorang lagi penyelia KAFA lantikan 15 Mei 2010 iaitu Ustaz Mohd Fandi. Terus berusaha ya dik. Walaupun jauh berulang dari Parit Raja Muar, demi amanah yang Allah telah tentukan, jangan putus asa, walaupun ada dugaan melanda. Tugas penyelia kafa tak semanis yang dijangka. Tapi.. bila dah disandang, sayang pada KAFA tak boleh diukur dalamnya. Kita sama-sama rasai kemanisan dalam KAFA.

"ALLAH BERSAMA KITA"

Sunday, July 4, 2010

PENYELIA KAFA DAERAH JOHOR BAHRU

Puan Sabariah binti Ariffin

Assalamualaikum...semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati hidup dan kerjaya kalian bertiga. Kepada Puan Sabariah binti Ariffin dan Cik Hummu Habibah binti Ismail...study hard. Tahniah di atas keserasian gandingan kamu bertiga. Sama-sama berusaha menempuh kepayahan untuk menempah kejayaan. Sama-sama berusaha untuk mempertingkatkan kejayaan dalam diri dan kerjaya. Yang penting... sama-sama berusaha mempertingkatkan pencapaian guru KAFA dalam P&P.
Cik Hummu Habibah binti Ismail

Doa sentiasa mengiringi kamu, moga mendapat kejayaan cemerlang dalam pelajaran dan kehidupan. Untuk Cik Hummu...jika dah berjaya ... setinggi-tinggi doa ku pohon pada Nya agar adikku ini dipertemukan jodoh jua..amin!!!!!!!
Sentiasa berusaha dalam membimbing guru KAFA ke arah kecemerlangan dalam P&P. Sentiasa sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan mendatang. Semoga aktiviti yang disusun sepanjang tahun 2010 dapat berjalan lancar.
 Natasya
Gandingan ke tiga bagi membantu KAFA Daerah Johor Bahru yang mempunyai guru yang ramai. Mudah menyesuaikan diri dengan dua orang kakaknya itu memudahkan lagi beliau menjalankan tugas sebagai seorang penyelia walaupun lebih junior. Dulu mempunyai potongan badan yang comel...sekarang telah menjadi gandingan trio yang mantap, tegap lagi gagah. Sikap ringan tulang dan sentiasa berusaha sangat membantu rakan dalam menjalankan tugas di pejabat.  

Salam Mesra :
" Guru Pembina Negara Bangsa "

Tuesday, June 29, 2010

PENYELIA KAFA DAERAH LEDANG

Muhamad Saifudin bin Mat Hayin

Semoga gembira menjadi warga "Penyelia KAFA". Adat dalam kehidupan.. yang bagaikan menjadi satu kewajipan dalam kehidupan,.. pastinya Allah akan memberi dugaan kepada makhlukNya dalam pelbagai cara. Yang pasti... semua masalah mesti ada jalan penyelesaian.
Jadikan apa jua pengalaman manis, pahit, maung dan sebagainya, bagaikan pendorong ke arah kejayaan dan kematangan dalam kehidupan. Bertugaslah dengan penuh dedikasi, berkomitmen, adil, toleransi dan ikhlas padaNya.... insyallah pasti ada keredhaan dan rahmat dariNya.
Dalam kehidupan...akan ada peningkatan, samada pelajaran, kerjaya dan kini kehidupan berumahtangga. Mula-mula seorang..pastu berdua...kini bertiga pula. Apapun.. didoakan.. moga kehidupan yang dilalui penuh kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. amin!!!!
Cik Junainah binti Sukiran

Selamat menjadi warga Penyelia KAFA. Didoakan semoga Jun akan menjadi Penyelia KAFA Daerah Ledang yang berjaya dalam kerjaya dan kehidupan. Jangan jemu untuk belajar, bertanya dan apa-apa jua yang boleh membantu dan seterusnya menguruskan segala yang berkaitan mengenai KAFA Daerah Ledang dengan lebih cemerlang. Gandingan antara "kemesraan dan ketegasan" dalam menangani permasalahan di antara guru itu penting. Gunakan pengalaman seorang guru dalam membimbing dan menazir.
Perkara yang paling penting dalam kerjaya seorang penyelia... Jadilah seorang pemimpin, bukan seorang ketua. Insyallah, Allah akan pertingkatkan kewibawaan seseorang itu melalui kesabaran, pengamatan, kematangan dalam menangani masalah semasa. Ingat...Allah sentiasa bersama kita dalam apa jua asal tidak melanggar laranganNya.

Semoga dipertmukan jodoh...Amin..

"Bekerja satu Ibadah kerana Allah jua"





Monday, June 21, 2010

PENYELIA KAFA DAERAH MUAR

Puan Wahzah binti Abu
Penyelia KAFA Daerah Muar, Puan Wahzah ini dilantik sebagai penyelia KAFA pada tahun 1994. Sebelum ini beliau berpengalaman sebagai Guru KAFA lantikan 1990. KAFA telah begitu sebati dalam diri beliau. Walaupun mempunyai peluang untuk menjadi Guru di Kementerian Pelajaran Malaysia, beliau tetap setia dan tidak sesekali meninggalkan KAFA. Sangat tabah dan beliau akan terus memperjuangkan KAFA .... kebajikan penyelia dan guru KAFA adalah agenda utamanya. Baginya KAFA JAKIM berdiri tegoh bersama Bahagian Pendidikan di Jabatan Agama Johor. "Harumkan nama JAJ di mata JAKIM"
Puan Nor Arpah binti Hamsin
Puan Nor Arpah...pasangan ke 3 bagi kak Wahzah. Sebelum ini..Puan Norhidayah@Hawiyah dan Haji Kamdi bin Atmo. Senang dipanggil dengan nama Pah @ Kak Pah..pasangan yang serasi dan sehati ngan Kak Wahzah. Banyak ilmu dan pengalaman yang telah ditimba selama berkerja di PPAD Muar mulai 1998. Sebelum ini, beliau dilantik sebagai penyelia KAFA Negeri pada tahun 1997 di Kompleks Islam Johor iaitu di ibu pejabat. Orangnya penyabar..dan juga setia dengan KAFA walaupun berpeluang menjadi guru kementerian...tak mahu juga tinggalkan KAFA. Inilah akibatnya...bersahabat ngan kak Wahzah.

Berita untuk dikongsi....
Tahun 2009 dan tahun 2010 adalah tahun mencabar bagi kedua-dua penyelia KAFA Daerah Muar. Tahun yang banyak menimbulkan kontroversi untuk kami berdua. Kepada Allah tempat kami mengadu dan berserah. Dia yang maha mengetahui akan segala yang berlaku.
Hidup ini ibarat putaran roda. Ada masa kita di atas.. dan ada masa kita di bawah. Yang paling penting dalam hidup ini ialah... redha, berusaha dan bersabar menghadapi dugaanNya. Insyallah akan ada kemanisan dan kemenangan jua akhirnya. Kan paaaah!
Selamat menjalankan tugas sebagai "Penyelia KAFA Daerah Muar" tanpa rasa jemu dan patah semangat. Setiap dugaan, kepayahan dan kepahitan yang dilalui..pasti akan ada kejayaan, kemudahan dan kemanisan yang akan dikecapi. Perjuangan mesti diteruskan... CHAIYUK!!!!!
Pastikan apa jua pengalaman dan pengetahuan yang ditemui akan menjadi pedoman dan panduan untuk kejayaan di masa mendatang. Ingat ya Pah... tidak semua apa yang kita buat dan apa yang kita ada akan disukai semua orang. Yang penting...buat apa yang betul selagi tidak melanggar peraturan ALLAH dan Pekeliling JAKIM dan JAJ. ALLAH pasti bersama KITA.

"USAHA PASTI JAYA"

Sunday, June 20, 2010

PENYELIA KAFA NEGERI JOHOR

Puan Salina binti Rosli

Selamat menjalankan tugas di Unit KAFA, Bahagian Pendidikan, JAJ dengan dedikasi dan tanpa rasa jemu walaupun telah hampir 16 tahun berkecimpung dalam dunia KAFA.Semakin lama bertugas, semakin banyak ilmu yang ditimba,semakin banyak pengalaman yang dilalui, maka semakin tinggi tahap kesabaran dalam melalui apa jua dugaan."TAHNIAH" kerana setia dalam KAFA dan sama-samalah kita berjuang dan berusaha memperkasa KAFA."apa yang penting.....kerjasama!!!..walau dugaan datang melanda.
Harapan dan doa kami buat penyelia KAFA Negeri Johor..semoga Allah memberi anda kesihatan yang baik dan dirahmati Allah dalam segala hal.

Puan @ Cik Siti Faezah binti Tumar

Pasangan Puan Salina yang ke 4, sebelumnya iaitu Ustaz Ahmad Songkerim, Ustaz Nazir, Puan Suhaila dan Puan Nor Arpah. Moga..dengan gandingan bersama seorang lagi penyelia Cik Puan Faezah yang lebih senang dipanggil "along", akan lebih memantapkan lagi perjalanan KAFA di peringkat negeri. Kami percaya, masing-masing mempunyai kebolehan tersendiri dalam menangani cabaran dalam KAFA. Apapun.. semuanya bertujuan untuk kebaikan dan kejayaan KAFA jua. Sangat mahir dalam tugasnya iaitu akuntan KAFA...he..he..Tidak pernah jemu dan sangat komited dengan tugas yang digalas. Sangat berjasa..kerana tugas rutin beliau tiap bulan buat kocek guru KAFA berwang. Teruskan tugas murni itu.......ya long.


Puan Sanifah
Mulai 15 Mei 2010, Puan Sanifah dilantik sebagai penyelia KAFA negeri dan bertambah seorang lagi menjadi 3 orang yang lebih dikenali dengan panggilan "uda". Semoga dengan ada pembahagian kerja, akan bertambah efisien dan penuh strategik dalam mengendalikan perjalanan KAFA Negeri Johor.
Diperingatkan kepada Penyelia KAFA Negeri.. jangan lupa susun semula jadual untuk bengkel dan kursus yang bersesuaian untuk kami.

"Salam Hormat "
RAJIN USAHA TANGGA KEJAYAAN

Friday, June 18, 2010

Salam Sejahtera


Alhamdulillah..syukur saya ke hadrat Allah s.w.t. kerana dapat mewujudkan blog khas untuk Penyelia KAFA dan Guru KAFA seluruh Negeri Johor. Semoga ..melalui blog ini, saya dapat memasukkan info-info yang berkaitan dengan KAFA kepada rakan-rakan.
Di sini, saya mengambil kesempatan mengucapkan "TAHNIAH" kepada guru-guru KAFA seluruh Malaysia, yang akan menerima kenaikan elaun sebagaimana yang diisytiharkan oleh PM, YAB Dato' Seri Najib. Semoga berita ini menjadi inspirasi dan dorongan kepada Guru KAFA di Negeri Johor khasnya.
Kepada Penyelia KAFA...selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan ikhlas kerana ALLAH jua. Semoga blog ini dapat menjadi rujukan dan perkongsian KITA bersama.

" KAFA Perintis Ummah Progresif "

WHA : Penyelia KAFA Muar
Wahzah binti Hj Abu